
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang Sarawak mengecam tindakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memperuntukkan sumbernya untuk kempen pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Dis, dan bukannya mengutamakan pemberian vaksin dos penggalak.
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, berkata beliau melihat kecelaruan program vaksinasi itu ketika kunjungannya ke Pusat Beli-Belah Spring, malah ada penerima suntikan terpaksa berbaris lebih dua jam sebelum dibenarkan masuk.
Selain itu, penjarakan sosial juga tidak dilakukan dengan baik, katanya dalam hantaran di Facebook.
“Sudah pasti, kita dapat melihat ramai yang bimbang dan tidak selesa. Banyak yang berkongsi kesukaran dan kesusahan dalam mendapatkan dos penggalak.”
Katanya, polis, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pegawai RELA sudah melakukan yang…