Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Setiap akhir tahun, sebahagian jabatan dan agensi kerajaan akan memberikan diskaun saman kepada rakyat Malaysia tertakluk kepada jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan.
Bermula 9-12 Disember ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan diskaun saman sehingga 80% bersempena sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’.
Sepanjang tempoh 4 hari tersebut, orang ramai boleh hadir ke kaunter pengurangan bayaran saman di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang akan dibuka bermula dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada 9 Disember, hari Khamis sehingga hujung minggu ini.
Menerusi satu hantaran pihak JPJ di laman Facebook mereka, JPJ memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman yang boleh kompaun sahaja, kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Selain itu, promosi pengurangan bayaran samaran ini turut boleh dibuat melalui…