
KUCHING: Beberapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chong Chieng Jen sejak 15 tahun lalu memandangkan tidak banyak perubahan yang dilakukannya selama ini.
Chong yang juga Ketua Pakatan Harapan Sarawak dan DAP Sarawak kini bertanding di kerusi Padungan yang disifatkan sebagai kubu kuat DAP.
Calon Gabungan Parti Sarawak di Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menuduh Chong “melarikan diri” kerana gagal memberikan khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan itu terutamanya ketika menjadi timbalan menteri selama 22 bulan.
Segelintir penduduk tempatan di Kota Sentosa juga kelihatan berkongsi sentimen yang sama seperti Yap.
Alicia Chew, 36, berkata Chong kelihatan langsung tidak turun padang untuk menjaga…