Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Sangat tak munasabah’, Tok Mat gesa teliti semula denda RM10,000 langgar SOP Covid-19

today15 December 2021

Background



Mohamad Hasan berkata tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian jelas untuk pertimbangan ahli legislatif.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan mendesak kerajaan meneliti semula jumlah denda maksimum sehingga RM10,000 bagi individu yang melanggar SOP Covid-19, dengan menyifatkan ia “sangat tidak munasabah”.

Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata lebih-lebih lagi pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) itu tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun.

“Menghukum individu yang melanggar SOP seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah.

“Alasan Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa ia sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati objektif…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post