Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain berdarah kacukan Malaysia-England, Samuel Somerville sah menjadi milik Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) apabila diumumkan sebagai penjaga gol baharu untuk musim 2022.
Mesra dengan panggilan Sam, nama beliau mula menjadi bualan peminat bola sepak tempatan apabila menjadi salah seorang tonggak utama yang membantu pasukan Penang FC menjuarai Liga Premier 2020 sekaligus layak ke Liga Super musim 2021.
Beliau kemudian berjaya mendapatkan panggilan kebangsaan pertamanya bersama Harimau Malaya pada bulan Mei 2021 susulan aksi yang mengagumkan bersama kelabnya dalam saingan Liga Super musim tersebut.
? ? HERE WE GO! ? ?
Dengan sukacitanya, Selangor FC mengumumkan bahawa penjaga gol, Samuel Somerville telah bersetuju untuk menyertai pasukan #GergasiMerah.
Untuk kenali Sam sila layari https://t.co/DIuHO8Ihc5 atau klik pautan ini : https://t.co/GcH1a2k3uU