
KUCHING: Dengan kemenangan besar, jauh melebihi majoriti dua pertiga pada PRN negeri malam ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka terus menjadi kuasa dalam menentukan parti nasional yang menubuhkan kerajaan persekutuan selepas PRU15, manakala pengaruh parti seperti DAP dan PKR dilihat semakin terhakis.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS memenangi 74 daripada 82 kerusi untuk memastikan gabungan itu selesa memerintah Sarawak bagi lima tahun akan datang.
Keputusan malam ini mengesahkan ramalan pemerhati politik dan penganalisis bahawa GPS semakin kuat di Sarawak, malah berpeluang menambah kerusi Parlimennya pada PRU15 nanti.
Meskipun gabungan itu sebelum ini dikhuatiri tidak berupaya menandingi rekod cemerlangnya pada PRN lalu dan bakal menghadapi saingan di beberapa kerusi kepada Parti…