
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, memberitahu beliau sedang berusaha sedaya upaya untuk bantu penduduk ketika banyak kawasan di Lembah Klang dilaporkan dinaiki air sehingga menyebabkan ramai orang memohon bantuan dan mencari perlindungan.

Beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dinaiki air selepas hujan lebat berpanjangan sejak Jumaat.
Kebimbangan orang ramai tampak jelas di media sosial, sehingga warganet tertanya-tanya mana wakil rakyat kawasan masing-masing.
Khalid ketika dihubungi FMT memaklumkan beliau juga sedang sibuk membantu penduduk.
“Kami membantu menggerakkan bantuan dan memindahkan orang ramai ke pusat perlindungan. Di sini masih hujan dan paras air makin naik. Kami cuba bantu sedaya upaya kami,” katanya.
Khalid memaklumkan Majlis Bandaraya Shah…