Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jumlah mangsa banjir meningkat di Kelantan, 4 negeri lain menurun

today24 December 2021

Background



Mangsa-mangsa banjir di Kelantan ditempatkan di 10 PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam tadi manakala empat negeri lain, termasuk Selangor, menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal.

Di Kelantan, setakat 10 malam tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 1,666 orang berbanding 1,496 orang pada petangnya, melibatkan 10 PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, manakala tiga sungai mencatat paras amaran, iaitu Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang, serta Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di Pahang, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 34,487 orang yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post