Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ain, bapa buat laporan polis terhadap individu tulis komen lucah

today26 December 2021

Background



Ain Husniza dan bapanya Saiful Nizam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, pagi tadi.

PETALING JAYA: Pelajar sekolah, Nurain Husniza Saiful Nizam bersama bapanya telah membuat laporan polis terhadap individu yang menulis komen berbaur lucah berkenaannya.

Menerusi ciapan di Twitter, Saiful Nizam berkata, pelaku yang menulis komen lucah tersebut sudah mengakui perbuatannya, malah ibu bapa pelaku juga telah dimaklumkan mengenai kes ini.

“Atas nasihat peguam, saya akan failkan laporan polis terhadap pelaku ini untuk tindakan lanjut. Moga jadi iktibar untuk kita dan yang lain-lain juga,” menurut ciapan di Twitter.

Tambahnya, bukan sahaja Ain menjadi mangsa, tetapi pelajar perempuan lain juga turut menjadi bahan fantasi lucah oleh pelaku.

Saiful juga berkongsi tangkap layar memaparkan komen menjijikan itu, antaranya pelaku berkongsi fantasi seksual yang jelas mengenai Ain, malah terdapat lagi kiriman lucah yang didakwanya ditulis oleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post