
PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar baru-baru ini sudah lengkap dan telah disampaikan ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman.
Ketua Polis Muar Zaharudin Rasip berkata, setakat ini masih tiada sebarang tindakan tuduhan dikenakan terhadap lima pelajar Tingkatan Empat itu selepas tamat tempoh reman.
Pihaknya masih menunggu arahan Bukit Aman untuk tindakan lanjut, tambahnya.
“Siasatan sudah lengkap dan kita telah rujuk kertas siasatan itu kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan IPK telah rujuk kepada Bukit Aman. Kini masih menunggu keputusan daripada Bukit Aman.
“Kes ini dirujuk ke Bukit Aman kerana ia adalah kes berkepentingan awam (public…