
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya berhenti berdiam diri dan segera bertindak dalam isu berkait dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memiliki saham dalam syarikat senaraian awam.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Ismail harus bertindak serta bagi menunjukkan bahawa integriti dan akauntabiliti adalah aspek penting dalam SPRM.
“Perdana Menteri tidak boleh berdiam diri dalam perkara sepenting ini. SPRM berada di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan beliau mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas SPRM. Berdiam diri adalah tindakan yang menggambarkan kelemahan pihak beliau dalam menangani masalah ini.
“Akta SPRM 2009 adalah jelas. Ia bertujuan untuk menggalakkan…