
KOTA KINABALU: Sejumlah 17.4% daripada 258 kes baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, membabitkan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.
Katanya, situasi berkenaan membuktikan bahawa ibu bapa lengkap divaksin masih berisiko menjadi pembawa virus kepada anak-anak mereka di rumah.
“Adalah diperhatikan bahawa sekitar 70% daripada kes-kes baharu setiap hari melibatkan mereka yang sudah lengkap divaksin.
“Ia memberi gambaran seolah olah ramai daripada mereka ini beranggapan mereka sudah kebal daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, beliau yang juga jurucakap harian Covid-19 Sabah, berkata jumlah kes baharu direkodkan di negeri ini, hari ini, meningkat sebanyak 97 kes kepada 258 kes, berbanding 161…