
PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mempersoalkan sama ada sokongan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki terhadap pemberi maklumat sebelum ini hanyalah sekadar cakap kosong.
Ini susulan saman yang difailkan Azam terhadap aktivis anti rasuah Lalitha Kunaratnam, yang menulis dua bahagian artikel, disokong oleh dokumen yang boleh diakses secara umum, memperincikan dakwaan pemilikan berjuta-juta saham Azam dalam dua syarikat tersenarai awam.
“Reaksi yang ditunjukkannya memberi satu lagi tamparan buruk kepada kredibiliti SPRM, sebuah institusi yang telah pun dimusnahkan oleh rasuah dan skandal jenayah melibatkan pegawainya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Ironi yang paling kejam ialah daripada semua orang, Azam sepatutnya membantu Lalitha mendapatkan perlindungan sebagai…