
PETALING JAYA: Polis Johor sedang menyiasat seorang ahli politik berhubung sidang media yang dibuat semalam berkaitan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Segamat, Johor.
Pemangku Ketua Polis Johor, Khaw Kok Chin tidak menamakan ahli politik berkenaan namun dipercayai siasatan bertumpu kepada kenyataan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang antara lain, meminta polis tidak melayan sukarelawan partinya seperti “penjenayah”.
Ahli Parlimen Muar itu mengeluarkan kenyataan itu selepas enam sukarelawan MUDA, dipanggil polis untuk memberi kenyataan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.
Khaw berkata, kerajaan negeri Johor melalui Pejabat…