
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak dakwaan kecuaian sehingga menyebabkan kematian seorang remaja, selepas kerusi yang dibaling menghempap kepalanya dari tingkat 17, dalam kejadian di sebuah pangsapuri, empat tahun lalu.
Ahli keluarga remaja lelaki itu mengemukakan saman terhadap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana cuai sehingga menyebabkan kematian S Sathiswaran.
Remaja itu, ketika kejadian berusia 15 tahun, maut di lokasi kejadian susulan kerusi menghempapnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam, di sini, pada Januari 2018.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz, membenarkan DBKL dan kerajaan persekutuan membatalkan saman dikemukakan selepas mendengar penghujahan, hari ini, dalam prosiding secara maya.
DBKL dan kerajaan,…