
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) secara prinsipnya bersetuju untuk mempertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus bagi meringankan beban ditanggung perusahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan peniaga informal yang terjejas akibat banjir selain bantuan kewangan disediakan oleh agensi kerajaan.
Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kementerian dan agensi berkaitan serta Dewan Perniagaan bagi memperhalusi cadangan yang telah dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan.
“Lawatan susulan ke lokasi yang dikenal pasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir PMKS sampai ke kumpulan sasaran. Insya-Allah, saya akan mengumumkan inisiatif…