Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain tengah sensasi Manchester United, Bruno Fernandes berkata, pasukannya sudah tidak memikirkan tentang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Bruno Fernandes memilih untuk bersikap realistik dan menganggap perjuangan Man United ke kedudukan teratas akan berakhir lebih awal.
Man United ketika ini 19 mata di belakang Manchester City dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Walaupun Fernandes menyatakan bahawa mereka sudah gagal dalam kejuaraan EPL musim ini, Manchester United tetap mensasarkan piala lain untuk dijulang musim ini.
Ketika ini, pasukan yang digelar Red Devils itu masih berada di tangga ke-4 dalam kedudukan Liga Perdana dengan kutipan 38 mata. Namun ada beberapa pasukan pesaing yang masih kekurangan perlawanan berbanding mereka.
Maestro Manchester United itu berkata: “Kejuaraan liga kini sudah terlalu jauh untuk kami. Kami perlu realistik dan hanya mensarkan untuk berada di…