
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin meramalkan kes Covid-19 akan melonjak disebabkan varian Omicron tetapi berkata, orang ramai tidak perlu panik.
Katanya, berbanding jumlah kes Covid-19, orang ramai patut melihat petunjuk penting lain seperti kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).
“Kes (Covid-19) akan meningkat, sebab Omicron sudah ada di negara kita, tetapi sekarang apa yang penting bukanlah bilangan kes, tetapi keseriusan kes tersebut,” katanya.
“KKM akan sentiasa pantau data yang terpenting, iaitu kemasukan ke hospital, kemasukan ke ICU, kadar kematian, itu yang menjadi petunjuk penting.”
Beliau berkata demikian pada sidang media susulan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pagi ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,736 jangkitan baharu…