
KUALA LUMPUR: Polis menafikan mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia berhubung satu sindiket penculikan yang menyasarkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.
Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) A. Skandaguru berkata hasil semakan mendapati mesej yang tular di media sosial itu mendakwa sindiket terlibat menggunakan kereta Proton Wira dan sebuah van putih bagi menjalankan aktiviti dan telah tular sejak 2016 sebelum kembali diulang siar.
“Polis mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia seperti yang didakwa…Tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, polis juga menafikan pernah mengeluarkan amaran menerusi ‘Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman’…