
PETALING JAYA: Kedudukan Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri (PRN) Johor, kata penganalisis politik.
Menurut penganalisis, parti itu mempunyai perjuangan yang sukar untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi bukan Melayu selepas keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tahun lalu dan kegagalan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor – negeri kelahiran Muhyiddin – akan memberi kesan terhadap masa depan parti dan Presidennya.
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata Muhyiddin tertekan untuk memberi keputusan “yang hebat” kerana beliau berasal dari Muar serta Ahli Parlimen Pagoh.
Katanya, kepimpinan Muhyiddin akan dipersoalkan sekiranya Bersatu…