
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno berpandangan calon muka baharu yang akan ditampilkan partinya dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti tidak semestinya daripada orang muda.
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata apa yang penting adalah aspirasi dan suara mengenai isu dibawa mesti relevan kepada pengundi.
Beliau berkata, perkara itu telah dibuktikan Umno dalam PRN Melaka dengan meletakkan calon baharu yang segar dan lain berbanding sebelumnya.
“Saya rasa pertama Umno telah buktikan di Melaka, kesediaan kepimpinan tertinggi iaitu Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) dan pengerusi perhubungan negeri, yang memberi gambaran Umno sedia letak lebih ramai calon segar.
“86% tak silap saya muka baharu. Muka baharu tak semesti muda, tetapi yang lain dari…