Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya kecewa wakil PAS dilantik di DUN, kata Presiden PBRS

today12 February 2022

Background



Presiden PBRS, Joseph Kurup (kiri, berbaju putih) bercakap dengan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup kecewa wakil PAS dan bukannya wakil parti itu dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.

Kurup berkata, PBRS yang kalah di semua lima kerusi ditandingi pada PRN Sabah, memohon bantuan Barisan Nasional (BN) Sabah untuk mengesyorkan partinya bagi sekurang-kurangnya mempunyai seorang wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Namun, kita rasa dikecewakan selepas diberitahu pemimpin tertinggi sebelum ini sudah bersetuju wakil PAS dinamakan, jadi parti itu tidak akan bertanding pada PRN.

“Kita semua tahu PAS tidak akan dapat mengukuhkan kedudukan BN di Sabah, dahulu atau sekarang,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan PBRS ke-3 di sini.

Beliau turut mengingatkan delegasi bahawa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Durie Rainer Fong


Previous post