Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

2 parah, 15 cedera ringan bas kilang bertembung treler

today13 February 2022

Background



Seorang pemandu bas kilang dan pemandu sebuah treler mengalami kecederaan parah selepas dua kenderaan itu bertembung dalam kemalangan berhampiran sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai, di sini malam ini. (Gambar Facebook)

BUTTERWORTH: Pemandu bas kilang dan pemandu treler cedera parah selepas kedua-dua kenderaan bertembung dalam nahas berhampiran sebuah kilang, di Jalan Perusahaan Perai, di sini, malam ini.

Insiden yang dipercayai berlaku pada 7.20 malam itu turut menyebabkan 15 pekerja kilang lelaki warga asing yang dalam perjalanan pulang cedera ringan.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.21 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai dikerah ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pekerja kilang telah bertembung dengan lori treler dan menyebabkan bas terbalik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Piala SMJ medan persediaan hadapi Liga M

Kota Kinabalu: Jurulatih dan pemain bagi empat pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berentap pada Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) 2022, akan memanfaatkan sepenuhnya perlawanan pramusim itu bagi mempersiapkan pasukan menghadapi saingan liga musim ini.

today12 February 2022