
BANDAR SERI BEGAWAN: Cadangan mewujudkan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei, adalah antara perkara dijadual dibincangkan pada lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke negara itu, mulai Isnin.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Raja Reza Raja Zaib Shah, berkata lawatan itu akan turut membuka peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama dua hala serta meneroka kerjasama baharu pasca Covid-19.
“Selain VTL, antara yang dijangka dibincangkan adalah kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama dalam bidang ekonomi,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau…