
PETALING JAYA: Kerajaan seolah-olah sengaja melengahkan pembentangan Undang-undang Anti Lompat Parti selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mendakwa belum mencapai konsensus berhubung definisi “lompat parti”.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, berkata kerajaan juga tidak perlu memberi penjelasan melainkan menunaikan janjinya untuk membentangkan undang-undang itu selaras pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang, tahun lalu.
“Dakwaan dibuat Wan Junaidi yang menyatakan kesukaran memuktamadkan dan meluluskan cadangan Undang-undang Anti Lompat Parti kerana perbezaan takrifan adalah tidak berasas.
“Mungkin ada pelbagai pilihan takrifan untuk memperincikan maksud lompat parti, namun yang pasti contoh paling asas yang menonjol…