
PETALING JAYA: Polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan dua kenderaan mewah di Kampung Batu 4, Tanah Merah, Kelantan pada pagi Ahad.
Semua warga Myanmar berusia 15 hingga 41 tahun itu, termasuk seorang kanak-kanak, ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah yang mengesan Hyundai Starex dan Toyota Vellfire dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Zainuddin Md Yusuf berkata hasil pemeriksaan dalam Hyundai Starex menemui 13 warga Myanmar dan 11 lagi dalam Toyota Vellfire.
“Kesemua mereka tiada dokumen perjalanan sah dan memasuki negara ini menerusi laluan haram untuk bekerja.
“Semua 11 lelaki dan 12 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki itu diambil di kawasan Kampung Wakaf Simen, Nibong, Tanah Merah dan akan dihantar ke Kepong,…