Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebakaran kilang proses getah, 2 pekerja melecur dan seorang patah kaki

today24 February 2022

Background



Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata walau bagaimanapun, tiada mangsa terkorban dalam kebakaran itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua pekerja sebuah kilang memproses getah melecur manakala seorang lagi patah kaki dalam kebakaran di kilang berkenaan di kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor, petang tadi.

Kebakaran dipercayai apabila dua tangki simen meletup dan menyebabkan kerosakan pada jam 5.16 petang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata walau bagaimanapun, tiada mangsa terkorban dalam kebakaran itu.

“Dua pekerja terbabit melecur di tangan dan seorang lagi patah kaki kiri ketika terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas terdengar bunyi letupan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan lapor Bernama.

Pada masa sama, beliau menzahirkan jutaan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu menyalurkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post