
PETALING JAYA: Bekas menteri luar meminta Putrajaya mengambil pendirian tegas berhubung konflik Rusia-Ukraine, sambil merujuk kemungkinan berdepan ancaman sama dari “negara besar di timur”.
Anifah Aman berkata, mengulangi gesaan sama seperti dilakukan negara lain tidak mencukupi dalam menangani konflik di Ukraine, di mana Rusia melancarkan serangan ketenteraan terhadap jirannya itu.
Katanya, “dalam situasi semasa geopolitik melingkari perairan Malaysia susulan pencerobohan demi pencerobohan dilakukan negara besar di timur, kita juga boleh berdepan ancaman sama seperti Ukraine”.
Beliau merujuk kepada “negara kuasa besar yang saban kali menceroboh perairan negara sehingga menjejaskan kehidupan dan penghidupan terhadap rakyat Sabah” dan berkata, Malaysia mesti memperkukuhkan keselamatan digital selepas mengambil kira beberapa…