
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengarahkan peguamnya memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin kerana mendakwa beliau mencuri RM2.6 bilion dana 1MDB untuk menampung gaya hidupnya.
Pada 23 Feb lepas, selain Najib, Shamsul yang juga bekas Timbalan Menteri Industri Utama, dalam hantaran di Facebooknya turut mendakwa bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner dan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho menggunakan dana awam itu.
“Ahli Parlimen PKR Hang Tuah Jaya merangkap Ketua Penerangan PKR telah gagal menjawab surat tuntutan peguam saya.
“Dengan ini, saya telah arahkan peguam saya untuk failkan saman fitnah terhadap Shamsul di mahkamah,” kata Najib di Facebook,…