Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Pemain Sabah Perlukan Masa Untuk Serasi

today8 March 2022

Background
Sabah




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kekalahan kepada Negeri Sembilan FC pada minggu lalu menjadi pengajaran berguna buat Sabah FC untuk memperbaiki ketajaman penyudah dalam menghadapi aksi seterusnya bertemu PJ City FC, pada Rabu.

Bagi ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, beliau melihat jika sesuatu pasukan itu gagal menggunakan peluang yang terhidang, perkara itu akan berikan keyakinan serta kelebihan kepada pihak lawan.

Justeru, beliau mengharapkan skrip yang sama tidak berulang di Stadium Likas dengan PJ City atau mereka bakal berputih mata sekali lagi di laman sendiri.

“Jika lihat semasa berdepan Negeri Sembilan tempoh hari, kami banyak mengawal permainan dan cipta peluang, tetapi sayangnya satu pun tidak dapat disempurnakan termasuk sepakan penalti.

“Situasi itu berikan keyakinan kepada pihak lawan apabila mereka menyerang dn kita dihukum, jadi saya tidak mahu perkara sama ketika berdepan PJ…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post