Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurelyn32, kelihatan wanita itu dihubungi oleh geng scammer yang kononnya menyamar jadi pihak bank.
Mungkin sudah terbiasa mendapat panggilan seperti itu, wanita itu selamba bertindak membuat suara sengau sambil berborak dengan scammer tersebut sehingga dia tidak faham apa yang dikatakan olehnya.
Pada hujung video, wanita itu meneruskan lagi perbualan sehingga scammer berkenaan meletakkan telefon setelah cubaan untuk menipu tidak berjaya.