Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu disahkan melalui hasil ujian sampel dilakukan terhadap kanak-kanak berkenaan.
Menerusi ciapan yang dimuat naik beliau di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor, untuk pemeriksaan kerana mengalami gejala demam sejak 13 Mei lalu.
“Tiga hari selepas mengalami demam, timbul ruam yang kemudian menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah pada 21 Mei lalu.
“Kanak-kanak itu dipantau di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dua sampel diambil dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan membuat pengujian untuk beberapa jenis virus, termasuk HFMD dan cacar monyet.
“Keputusan ujian mengesahkan HFMD positif virus Coxsackie A6 dan negatif penyakit Monkeypox (cacar monyet) serta lain-lain virus yang diuji,” katanya.