Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sri Lanka kini sedang mengalami pergolakan, malah presiden melarikan diri dan rakyat menggeledah istananya. Ketua agensi perisikan pusat Amerika Syarikat (AS) atau CIA berkata, Sri Lanka telah bertindak bodoh dalam berurusan dengan China.
Memetik laporan AFP, ketua CIA Bill Burns mengatakan Sri Lanka terjerat dalam hutang pelaburan China. Akibatnya, ekonomi Sri Lanka berada dalam keadaan yang teruk.