
PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh menjelaskan laporan projek kapal tempur pesisir (LCS) bukan pendapat peribadinya atau mewakili mana-mana parti seperti digambarkan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Sebaliknya, beliau menjelaskan dapatan diumumkan Khamis lalu dibuat 14 wakil rakyat termasuk tiga daripada Umno, parti diwakili Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan.
Tiga wakil rakyat Umno itu adalah Nizar Zakaria (Parit), Salim Sharif (Jempol) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).
Semakan di Facebook Nizar mendapati beliau hadir pada mesyuarat PAC sebelum sidang media Wong untuk mengumumkan hasil siasatan projek LCS.
Jawatankuasa itu turut dianggotai…