
PETALING JAYA: Kenyataan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook yang tidak menolak kemungkinan partinya menjalin kerjasama dengan Umno atas premis “segalanya mungkin dalam politik dilihat sebagai “pengiktirafan” mereka kepada kekuatan Umno.
Dalam wawancara disiarkan Facebook ‘Umno Online’, malam ini, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengambil sikap neutral untuk tidak menolak atau mengiyakan kerjasama boleh dibentuk bersama DAP selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Berbanding nada sebelum ini apabila menyentuh berhubung DAP, Ahmad tidak menyerang parti seteru utama itu, malah seperti “menghargai” kenyataan Loke.
“Baru mereka (DAP) sedar Umno ini parti akar umbi yang paling kuat dalam negara ini. Malu atau tidak, hendak…