Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ahli Parlimen akan bantu tanggung kos bedah budak dicampak bapa dari MRR2

today11 August 2022

Background



Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng melawat kanak-kanak terbabit yang dijaga ibunya di Hospital Selayang. (Gambar Twitter Lim Lip Eng)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bersedia membantu menanggung kos perubatan kanak-kanak warga Myanmar yang cedera kritikal selepas dicampak bapanya dari MRR2 minggu lepas.

Lim berkata, ibu kanak-kanak tersebut menghubunginya untuk meminta bantuan membayar deposit kemasukan wad di Hospital Selayang.

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu yang retak tulang pinggul perlu menjalani pembedahan segera supaya dia dapat berjalan seperti biasa, tambahnya.

“Pihak hospital akan memberikan sebut harga kos pembedahan serta bil penuh hospital untuk dijelaskan,” katanya dalam catatan di Facebook.

“Saya telah memberikan komitmen saya untuk berusaha menanggung segala kos perubatan anak tersebut.

“Apa yang menjadi keutamaan saya adalah untuk melihat anak ini selamat dan dapat bergerak semula.”

Kanak-kanak itu yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post