
PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan bakal menarik perhatian umum Isnin depan ketika prosiding mendengar usul Najib Razak bagi mengemukakan keterangan baharu dalam rayuannya melibatkan kes SRC International.
Ini susulan pengurusan kes terakhir di depan dua timbalan pendaftar mahkamah apex itu pada Rabu.
Timbalan Pendakwa Raya Ashrof Adrin Kamarul berkata pasukan pembelaan baharu Najib dan pihak pendakwaan masing-masing telah memfailkan hujah mereka berkaitan usul berkenaan.
Pendakwaan yang menjadi responden dalam rayuan utama Najib, juga telah memfailkan hujahnya bagi prosiding rayuan berkenaan. Bagaimanapun, peguam Najib memohon masa lanjut dan telah diberi tempoh sehingga Isnin untuk memfailkan hujahan mereka.
Dalam permohonannya, Najib berkata Hakim Nazlan Ghazali sepatutnya menarik diri…