
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur penyelewengan dalam keputusan kerajaan negeri melaksanakan projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas.
Pengarah SPRM Kedah, Shaharom Nizam Abd Manap, berkata pihaknya sudah meneliti hampir semua minit mesyuarat exco kerajaan negeri berkaitan projek itu dan mengambil dokumen berkaitan sebelum ini.
Katanya, penelitian awal ke atas semua dokumen berkenaan tidak mengesan sebarang unsur salah laku atau penyelewengan yang boleh diambil tindakan mengikut bidang kuasa SPRM.
“Bagaimanapun, kita tidak tolak kemungkinan meneruskan siasatan lanjut berkaitan projek ladang durian ini, sekiranya mendapat maklumat baharu yang boleh dikaitkan dengan bidang kuasa kami.
“Setakat ini, tidak ada laporan rasmi dibuat kepada SPRM…