
KUALA LUMPUR: Pemantauan berterusan dibuat Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kegiatan dan tindak-tanduk pengikut fahaman komunisme dilihat berupaya mengekang kemunculan semula aktiviti itu di dalam negara.
Bekas ketua pegawai turus E1M Cawangan Khas PDRM, Abdullah Abdul Hamid, berkata bagaimanapun adalah mustahil untuk menghalang mana-mana individu daripada berpegang dengan ideologi itu.
“Saya yakin tiada kemungkinan untuk perkara itu (kegiatan komunis) terjadi sebab ia dipantau Cawangan Khas PDRM. Itu memang kerja mereka.
“Tetapi mustahak untuk generasi sekarang faham bahawa ideologi tidak boleh dihalang, sesiapa sahaja boleh membaca bahan berkenaan komunisme, asalkan jangan ‘profess’, ajar, pengaruhi orang lain atau angkat senjata menentang kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel dalam program Bicara…