
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin memberi amaran kepada pemimpin Umno yang menggesa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) disegerakan dengan mengingatkan parti itu tidak dapat membentuk kerajaan melainkan dengan sokongan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, PN tidak akan teragak-agak ‘mengambil alih kuasa’, sekiranya gesaan dari Umno untuk mengadakan PRU15 lebih awal berterusan.
Beliau mengingatkan mereka yang meminta PN menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob supaya jangan sombong dan angkuh.
“Dia naib presiden parti itu pun boleh jadi perdana menteri. Bukan presiden mereka, bukan timbalan presiden mereka, tetapi naib presiden mereka. Mana mungkin naib presiden boleh jadi perdana menteri tanpa sokongan PN?
“Jadi yang angkuh ini pasal apa? Sudah…