
KUALA LUMPUR: Seramai 284 jemaah haji Malaysia yang juga kumpulan terakhir selamat tiba di tanah air hari ini, menandakan berakhirnya Operasi Musim Haji 1443H/2022M.
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Azman Mokhtar, berkata kumpulan jemaah itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 1.30 tengah hari menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MH 8351), yang berlepas dari Madinah pada 11.10 malam (waktu Arab Saudi) Jumaat.
“Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kami amat bersyukur operasi haji kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar yang tidak diingini walaupun dalam keadaan endemik Covid-19. Selain itu, keadaan cuaca juga agak panas sehingga mencecah hampir 50 darjah celcius.
“Semua 14,305 jemaah haji Malaysia dan 340 petugas TH selamat pulang ke tanah air…