
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi fokus terhadap pemulihan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi memastikan ia kembali ke landasannya seperti yang ditetapkan Jemaah Menteri.
Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, berkata rundingan dengan pihak vendor, pengilang peralatan asal (OEM) dan perbankan sedang dimobilisasikan.
Hishammuddin berkata demikian berhubung perolehan LCS yang menjadi kontroversi susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada satu kapal disiapkan walaupun kontrak projek bernilai RM6.083 bilion itu memperuntukkan lima daripada enam kapal tersebut seharusnya disiapkan dan diserah setakat Ogos 2022.
Beliau turut memaklumkan pihaknya telah membawa petugas media ke Boustead Naval Shipyard di Lumut, Perak hari ini…