
PETALING JAYA: Polis menahan seorang gelandangan lelaki, hari ini, yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Tanah Perkuburan Islam Al-Qadim, di Sibu, yang telah menggemparkan masyarakat Muslim di bandar itu.
Perbuatan mencabut nisan itu tular di dalam media sosial, sejak semalam, apabila terdapat waris mendakwa nisan di kubur ahli keluarga mereka telah dicabut selepas memeriksa sendiri keadaan di tanah perkuburan berkenaan.
Ketua Polis Sibu Zulkipli Suhaili, berkata pada 1.21 tengah hari polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang memaklumkan batu nisan kubur bapa beliau telah dicabut dari kedudukan asal.
“Hasil siasatan pihak polis, jam lebih kurang 3.00 petang, seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki terlibat…