Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis

today17 August 2022

Background



Polis berkata kejadian lelaki diikat itu disebabkan kerap mengganggu seorang gadis dan bukannya melibatkan kes ragut. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki diikat selepas didakwa sering mengganggu seorang gadis dalam kejadian di Gombak, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan terhadap lelaki berusia 21 tahun itu dilakukan abang kepada gadis terbabit sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi 13 saat menunjukkan lelaki dalam keadaan terikat duduk di tepi sebuah kereta peronda polis dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek diikat oleh seorang lelaki yang tidak puas hati kerana mengganggu adik perempuannya.

“Bapa remaja perempuan itu tidak mahu membuat laporan polis kerana mengenali suspek dan keluarganya.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham berkenaan secara baik,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post