
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan bersambung minggu depan, ditangguhkan sementara menunggu perkembangan rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 23 Ogos untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak berkaitan mengemas kini perkembangan rayuan kes SRC Najib di Mahkamah Persekutuan.
Peguam Najib, Aizuddin Wan Mohammed memberitahu hakim bahawa beliau menjangka prosiding rayuan itu berlangsung sehingga munggu depan.
“Kami jangka ia akan berterusan sehingga minggu depan memandangkan tarikhnya telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan. Saya rasa empat hari akan datang (22 hingga 25 Ogos) perbicaraan 1MDB minggu depan seharusnya dilapangkan,”…