
PETALING JAYA: Dua beranak maut dalam nahas dua kereta berhampiran Felcra Dusun Panti, dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor, hari ini.
Mangsa adalah Titah Abd Ghani, 58 dan anak perempuannya, Samsiah Abdullah, 21.
Suami Samsiah, Mohd Fahmi Aizat Mokhtar, 24, yang memandu Proton Wira dinaiki mereka dilaporkan cedera.
Turut cedera, tiga lagi individu dalam Proton Saga yang juga terbabit dalam kemalangan itu iaitu Junaidah Muhmad, 48; Liqwan Shah Nasution Lindung Saputra, 26, dan Lizwan Sharel Nasution Abdullah, 18.
Komander Operasi Bomba Kota Tinggi Ibrahim Wahid, berkata sebuah jentera dan van EMRS dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke tempat kejadian sebaik Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan pada jam 10.51 pagi.
Katanya, setiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kemalangan yang berlaku membabitkan…