
PUCHONG: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari meminta pemimpin DAP “cermin diri” sebelum menuduh partinya muflis idea dalam menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, wakil rakyat PAS sentiasa aktif melibatkan diri dalam sesi perbahasan berbanding wakil DAP yang hanya membawa “sampah” di dalam Dewan Rakyat.
“Minta pemimpin DAP rujuk ucapan pemimpin PAS dalam Parlimen, setiap kali perbahasan Ahli Parlimen PAS begitu aktif ambil bahagian.
“Kadang-kadang orang begini datangnya dari parti yang kalau dilihat mutu perbahasan Ahli Parlimen mereka sendiri pun bila di dalam Parlimen tidak bawa idea tetapi bawa sampah dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022.
“Orang-orang seperti ini perlu cermin…