Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,722 kes, 11 kematian

today24 August 2022

Background



Sebanyak 35,551 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 68 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,722 kes semalam berbanding 2,078 kes kelmarin.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan semalam, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding 10 kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,717 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,762,552 kes dan 36,166 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 35,551 kes aktif Covid-19, termasuk 68 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.8% atau 34,068 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 31 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post