
PETALING JAYA: Dua peguam dan sebuah kumpulan hak asasi manusia menggesa kerajaan memansuhkan sebatan sebagai hukuman terhadap penjenayah yang disabitkan kesalahan.
Mengulas mengenai pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan hakim kuasa budi bicara untuk mengetepikan hukuman sebat, peguam Fahri Azzat berkata, mengaibkan seseorang dengan sebatan selepas menyekat kebebasannya dengan hukuman penjara adalah sesuatu yang tidak bertamadun.
Bercakap kepada FMT, beliau menyeru agar fokus ditumpukan pada “bentuk hukuman yang kreatif, bermakna dan berfaedah dari segi sosial”, seperti khidmat masyarakat dan menggunakan set kemahiran banduan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
Beliau juga berkata, kerajaan…