Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mengapa cabar kami buat protes rasuah, DAP tidak cukup ahlikah?

today26 August 2022

Background



Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoal Charles Santiago mengapa saranan protes itu dibuat kepada PAS dan bukannya ahli DAP sendiri.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari secara sinis mengalu-alukan cadangan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago untuk mengadakan protes rasuah besar-besaran, namun mempersoalkan mengapa saranan itu dibuat kepada PAS, bukannya ahli DAP sendiri.

“Jika anda ingin adakan protes isu LCS, silakanlah, kami tiada halangan. Adakah anda meminta kami adakan protes kerana anda sudah tidak cukup ahli untuk melakukannya?

“Dengan penuh hormat tuan, mari kita berbincang,” sindirnya.

Terdahulu, Santiago mencabar Pemuda PAS untuk menganjurkan protes membantah rasuah di seluruh negara dengan memetik isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ia susulan gesaan Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, agar kerajaan membatalkan konsert antarabangsa kerana ia menggalakkan budaya hedonisme menular dan dilihat tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post